Ibn Rashiq al-Qaiyrawani al-Azdi: “Kitab al-Umdah fi Muhasin
al-Syi’ar wa Adabihi wa Naqdi”
LATAR BELAKANG TOKOH:
·
Nama sebenar beliau ialah: Abu Ali Hassan bin Rashiq
al-Qaiyrawani al-Azdi.
·
Terkenal dengan panggilan Ibn Rashiq.
·
Dilahirkan pada 390H di Muhamadiyat.
·
Merupakan salah seorang tokoh sastera Arab terulung dan juga
merupakan penyair & pengkritik syair serta penulis kesusasteraan Arab yang
terkenal pada zaman Abbasiyyah.
·
Beliau merupakan seorang pemidato, ahli tatabahasa yang mulia
dan baik hati di Qaiyrawan serta beliau juga merupakan seorang penyair sastera,
tokoh bahasa terulung, pengkritik, penulis yang baik dan seorang sasterawan
yang terkenal dan mahir dalam ilmu ‘Arudh.
·
Beliau bersifat zuhud dan suka mendalami ilmu dan beliau lebih
berkecimpung dalam ilmu kesusasteraan dan kesenian Islam. Beliau juga telah
berjaya menulis 30 buah buku tentang kesusasteraan, kritikan, sastera, bahasa
dan syair. Salah satu hasil karyanya ialah kitab al-Umdah mengenai
kritikan sastera.
·
Kitab al-Umdah adalah antara karyanya yang termasyhur.
Kitab ini merupakan kitab yang menjadi sumber utama bagi panduan ahli
sasterawan sehingga kini. Kitab ini adalah berkaitan dengan komentar@ulasan
sesuatu puisi dan sejarah adab sastera pada puisi Arab itu sendiri.
KITAB AL-UMDAH:
·
Kitab yang paling masyhur dalam penulisan karyanya.
·
Kitab ini mengkaji
dalam penghasilan syair yang baik, kritikan dan kelemahan sesuatu syair.
·
Dinamakan kitab ini sebagai “Kitab al-Umdah fi Muhasin
al-Syi’ar wa Adabihi wa Naqdi”.
·
Terdapat pandangan-pandangan dan kritikan daripada penulis yang
terdahulu.
· Faktor penulisan: terdapat perselisihan@percanggahan pendapat kerana
setiap ahli sasterawan terdahulu dan terkemudian mempunyai pendapatnya
tersendiri dalam memberi kritikan. Oleh itu, timbulnya permasalahan dan
persoalan yang pelbagai dalam mengkritik sesuatu syair.
METODOLOGI KITAB AL-UMDAH
·
Di
antara pendekatan Ibn Rashiq di dalam kitabnya al-Umdah ialah melalui
beberapa manhaj atau metod tertentu. Antara metodologi Ibn Rashiq adalah
seperti berikut:
i.
Ibn
Rashiq menggunakan pendekatan dalam penulisan muqadimah terhadap kitabnya
al-Umdah dengan mengumpul kritikan2 dan pandangan2 ahli bahasa terdahulu, serta
penyusunan karyanya yang tersendiri dengan menggunakan pendekatan berdasarkan
naluri dan perasaannya, di samping mengelak dari berlaku pengulangan serta
membuat ringkasan supaya jelas dan padat. Selain itu, Ibn Rashiq juga
menggunakan kaedah menyalin nas berdasarkan riwayat yang betul dan boleh
dipercayai.
ii.
Manakala
dari aspek tajuk kitab al-Umdah ini Ibn Rashiq membahagikan kitab ini kepada
dua bahagian.
Bahagian
pertama: Merangkumi ilmu am dan sekitar syair dan kesenian kesusasteraan itu
sendiri seperti sejarah latar belakang penyair merangkumi latar belakang masa,
tempat dan zaman, kesan syair terhadap kehidupan masyarakat dan lain-lain.
Tema syair yang dikemukan oleh ulama’
bahasa dinyatakan juga dalam kitab al-Umdah karangan Ibn Rashiq dengan
membahagikan tema puisi syair kepada 6 tema iaitu pujian, cacian, keturunan,
teguran, sifat dan ratapan. Merujuk dari aspek tema puisi syair ini, penyair
terdahulu dan terkemudian meletakkan ciri2 tertentu dalam pembentukan syair.
Bertujuan untuk mengelak daripada berlaku pengurangan dan penambahan dalam
penghasilan syair. Semua ini dinukilkan dalam bahagian satu di dalam kitab
al-Umdah oleh Ibn Rashiq.
Bahagian
kedua: menekankan aspek kesenian sastera dalam bentuk pembinaan@pembentukan
lafaz, makna, gaya bahasa dan wazan qofiyah. Dalam bahagian ini juga lebih
menekankan aspek kritikan sesuatu syair. Ibn Rashiq mengumpul banyak pandangan2
dan kritikan2 tokoh bahasa terdahulu antaranya ialah Abdul Karim al-Nahsahyli
sebagai wasilah@panduan dalam mengahsilkan metod dan ciri2 syair yang
tersendiri oleh Ibn Rashiq.
CONTOH-CONTOH
KRITIKAN
1.
contoh
kritikan yang terdapat dalam kitab al-Umdah ini adalah wujudnya
perselisihan di antara penyair klasik dengan penyair moden. Setiap penyair itu
mempunyai pandangan yang sesuai dengan zaman, masa, keadaan, tempat, Negara,
kebudayaan dan persekitaran. Manakala dalam era lain atau Negara lain
fahamannya berbeza. Maka di sini wujudlah perselisihan dalam menyatakan
pendapat.
Sepertimana pendapat sesetengah pengkritik sastera contohnya, Abdul
Karim al-Nahsaliy yang berkaitan dengan tema ‘ihtihsan’ yang bermaksud meninggalkan
qiyas dan mengambil sesuatu perkara yang diringankan. Di sini berlaku
perselisihan pendapat kerana faktor kedudukan, zaman, masa dan Negara. Semua
perselisihan ini dunyatakan dalam kitab al-Umdah. Oleh itu, setiap penyair
klasik dan moden mempunyai keistimewaan dan tujuannya yang tersendiri.
2.
Contoh
kritikan berkaitan lafaz dan makna. Ibn Rashiq lebih menekankan lafaz namun
aspek makna juga diambil kira. Dalam kitab al-Umdah, Ibn Rashiq
mengimbangkan antara lafaz dan makna kerana menurut Ibn Rashiq lafaz seperti
jasad dan makna seperti roh. Roh dan jasad saling memerlukan dan saling
mempunyai hubung kait begitu juga dengan lafaz dan makna yang saling menguatkan
dan mengurangkan antara satu sama lain.
Antara
penyair yang melebihkan makna daripada lafaz ialah Ibn Haniy dan Ibn Atahiyyah.
Manakala Ibn Rumi dan Abi Toib melebihkan lafaz dari makna.
Walaupun
begitu kebanyakan penyair banyak melebihkan tumpuan pada lafaz berbanding
dengan makna. Maka melihat dari situasi perbezaan dalam mengerti antara
kepentingan lafaz dan makna ini Ibn Rashiq mendatangkan satu pendekatan baru
dengan mengimbangkan antara lafaz dan makna di mana kedua-dua memainkan peranan
penting dalam menghasilkan sebuah syair. Kesimpulannya lafaz itu jisim, roh itu
makna, lafaz dan jisim amat berkait rapat. Apabila makna sempurna, sebahagian
lafz bergoyang, maka syair itu lemah. Dan apabila makna bergoyang semuanya dan
yang selebihnya rosak dan tiada faedah baginya.
3.
Contoh
dalam kritikan Ibn Rashiq dalam karyanya “Kitab al-Umdah” ialah mengenai
“tashbih” iaitu perumpamaan yang terdapat dalam sesuatu syair. Di sini
juga wujud perselisihan pendapat di antara penyair klasik dengan penyair moden
di mana penyair klasik Muwalidun iaitu penyair yang sempat hidup di zaman
Jahiliyah dan zaman kegemilangan Islam berselisih pendapat berkaitan
perumpamaan sesuatu dalam syair. Contoh syair oleh Amru Qais:
وتعطو برخص غير شثن
كأنه#اساريع ظبي أو مساويك إسجل
Contoh syair Abi Nawas:
تعاطيكها كف كأن
بنانها#اذا اعترضتها العين صف مدارى
Contohnya Amru
Qais seorang penyair Muwalidun mengumpamakan jari2 yang mengambil arak itu
seperti ulat2 kerana bagi Amru Qais jari diumpamakan seperti ulat bentuknya.
Manakala Abi Nawas merupakan penyair moden berbeza perumpamaannya dengan
mengumpamakan jari dengan sesuatu benda yang tersusun kerana bagi Abu Nawas
jari bukan ulat tetapi jari merupakan alat untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment