Followers

August 05, 2014

Ibn Rashiq al-Qaiyrawani al-Azdi: “Kitab al-Umdah fi Muhasin al-Syi’ar wa Adabihi wa Naqdi”



Ibn Rashiq al-Qaiyrawani al-Azdi: “Kitab al-Umdah fi Muhasin al-Syi’ar wa Adabihi wa Naqdi”

LATAR BELAKANG TOKOH:

·         Nama sebenar beliau ialah: Abu Ali Hassan bin Rashiq al-Qaiyrawani al-Azdi.

·         Terkenal dengan panggilan Ibn Rashiq.

·         Dilahirkan pada 390H di Muhamadiyat.

·         Merupakan salah seorang tokoh sastera Arab terulung dan juga merupakan penyair & pengkritik syair serta penulis kesusasteraan Arab yang terkenal pada zaman Abbasiyyah.

·         Beliau merupakan seorang pemidato, ahli tatabahasa yang mulia dan baik hati di Qaiyrawan serta beliau juga merupakan seorang penyair sastera, tokoh bahasa terulung, pengkritik, penulis yang baik dan seorang sasterawan yang terkenal dan mahir dalam ilmu ‘Arudh.

·         Beliau bersifat zuhud dan suka mendalami ilmu dan beliau lebih berkecimpung dalam ilmu kesusasteraan dan kesenian Islam. Beliau juga telah berjaya menulis 30 buah buku tentang kesusasteraan, kritikan, sastera, bahasa dan syair. Salah satu hasil karyanya ialah kitab al-Umdah mengenai kritikan sastera.

·         Kitab al-Umdah adalah antara karyanya yang termasyhur. Kitab ini merupakan kitab yang menjadi sumber utama bagi panduan ahli sasterawan sehingga kini. Kitab ini adalah berkaitan dengan komentar@ulasan sesuatu puisi dan sejarah adab sastera pada puisi Arab itu sendiri.

KITAB AL-UMDAH:

·         Kitab yang paling masyhur dalam penulisan karyanya.

·         Kitab ini mengkaji dalam penghasilan syair yang baik, kritikan dan kelemahan sesuatu syair.

·         Dinamakan kitab ini sebagai “Kitab al-Umdah fi Muhasin al-Syi’ar wa Adabihi wa Naqdi”.

·         Terdapat pandangan-pandangan dan kritikan daripada penulis yang terdahulu.

·   Faktor penulisan: terdapat perselisihan@percanggahan pendapat kerana setiap ahli sasterawan terdahulu dan terkemudian mempunyai pendapatnya tersendiri dalam memberi kritikan. Oleh itu, timbulnya permasalahan dan persoalan yang pelbagai dalam mengkritik sesuatu syair.

METODOLOGI KITAB AL-UMDAH
·         Di antara pendekatan Ibn Rashiq di dalam kitabnya al-Umdah ialah melalui beberapa manhaj atau metod tertentu. Antara metodologi Ibn Rashiq adalah seperti berikut:

                    i.            Ibn Rashiq menggunakan pendekatan dalam penulisan muqadimah terhadap kitabnya al-Umdah dengan mengumpul kritikan2 dan pandangan2 ahli bahasa terdahulu, serta penyusunan karyanya yang tersendiri dengan menggunakan pendekatan berdasarkan naluri dan perasaannya, di samping mengelak dari berlaku pengulangan serta membuat ringkasan supaya jelas dan padat. Selain itu, Ibn Rashiq juga menggunakan kaedah menyalin nas berdasarkan riwayat yang betul dan boleh dipercayai.
                  ii.            Manakala dari aspek tajuk kitab al-Umdah ini Ibn Rashiq membahagikan kitab ini kepada dua bahagian.

Bahagian pertama: Merangkumi ilmu am dan sekitar syair dan kesenian kesusasteraan itu sendiri seperti sejarah latar belakang penyair merangkumi latar belakang masa, tempat dan zaman, kesan syair terhadap kehidupan masyarakat dan lain-lain.

      Tema syair yang dikemukan oleh ulama’ bahasa dinyatakan juga dalam kitab al-Umdah karangan Ibn Rashiq dengan membahagikan tema puisi syair kepada 6 tema iaitu pujian, cacian, keturunan, teguran, sifat dan ratapan. Merujuk dari aspek tema puisi syair ini, penyair terdahulu dan terkemudian meletakkan ciri2 tertentu dalam pembentukan syair. Bertujuan untuk mengelak daripada berlaku pengurangan dan penambahan dalam penghasilan syair. Semua ini dinukilkan dalam bahagian satu di dalam kitab al-Umdah oleh Ibn Rashiq.

Bahagian kedua: menekankan aspek kesenian sastera dalam bentuk pembinaan@pembentukan lafaz, makna, gaya bahasa dan wazan qofiyah. Dalam bahagian ini juga lebih menekankan aspek kritikan sesuatu syair. Ibn Rashiq mengumpul banyak pandangan2 dan kritikan2 tokoh bahasa terdahulu antaranya ialah Abdul Karim al-Nahsahyli sebagai wasilah@panduan dalam mengahsilkan metod dan ciri2 syair yang tersendiri oleh Ibn Rashiq.

CONTOH-CONTOH KRITIKAN


1.      contoh kritikan yang terdapat dalam kitab al-Umdah ini adalah wujudnya perselisihan di antara penyair klasik dengan penyair moden. Setiap penyair itu mempunyai pandangan yang sesuai dengan zaman, masa, keadaan, tempat, Negara, kebudayaan dan persekitaran. Manakala dalam era lain atau Negara lain fahamannya berbeza. Maka di sini wujudlah perselisihan dalam menyatakan pendapat.
Sepertimana pendapat sesetengah pengkritik sastera contohnya, Abdul Karim al-Nahsaliy yang berkaitan dengan tema ‘ihtihsan’ yang bermaksud meninggalkan qiyas dan mengambil sesuatu perkara yang diringankan. Di sini berlaku perselisihan pendapat kerana faktor kedudukan, zaman, masa dan Negara. Semua perselisihan ini dunyatakan dalam kitab al-Umdah. Oleh itu, setiap penyair klasik dan moden mempunyai keistimewaan dan tujuannya yang tersendiri.
2.      Contoh kritikan berkaitan lafaz dan makna. Ibn Rashiq lebih menekankan lafaz namun aspek makna juga diambil kira. Dalam kitab al-Umdah, Ibn Rashiq mengimbangkan antara lafaz dan makna kerana menurut Ibn Rashiq lafaz seperti jasad dan makna seperti roh. Roh dan jasad saling memerlukan dan saling mempunyai hubung kait begitu juga dengan lafaz dan makna yang saling menguatkan dan mengurangkan antara satu sama lain.

Antara penyair yang melebihkan makna daripada lafaz ialah Ibn Haniy dan Ibn Atahiyyah. Manakala Ibn Rumi dan Abi Toib melebihkan lafaz dari makna.

Walaupun begitu kebanyakan penyair banyak melebihkan tumpuan pada lafaz berbanding dengan makna. Maka melihat dari situasi perbezaan dalam mengerti antara kepentingan lafaz dan makna ini Ibn Rashiq mendatangkan satu pendekatan baru dengan mengimbangkan antara lafaz dan makna di mana kedua-dua memainkan peranan penting dalam menghasilkan sebuah syair. Kesimpulannya lafaz itu jisim, roh itu makna, lafaz dan jisim amat berkait rapat. Apabila makna sempurna, sebahagian lafz bergoyang, maka syair itu lemah. Dan apabila makna bergoyang semuanya dan yang selebihnya rosak dan tiada faedah baginya.

3.      Contoh dalam kritikan Ibn Rashiq dalam karyanya “Kitab al-Umdah” ialah mengenai “tashbih” iaitu perumpamaan yang terdapat dalam sesuatu syair. Di sini juga wujud perselisihan pendapat di antara penyair klasik dengan penyair moden di mana penyair klasik Muwalidun iaitu penyair yang sempat hidup di zaman Jahiliyah dan zaman kegemilangan Islam berselisih pendapat berkaitan perumpamaan sesuatu dalam syair. Contoh syair oleh Amru Qais:
وتعطو برخص غير شثن كأنه#اساريع ظبي أو مساويك إسجل
Contoh syair Abi Nawas:
تعاطيكها كف كأن بنانها#اذا اعترضتها العين صف مدارى
Contohnya Amru Qais seorang penyair Muwalidun mengumpamakan jari2 yang mengambil arak itu seperti ulat2 kerana bagi Amru Qais jari diumpamakan seperti ulat bentuknya. Manakala Abi Nawas merupakan penyair moden berbeza perumpamaannya dengan mengumpamakan jari dengan sesuatu benda yang tersusun kerana bagi Abu Nawas jari bukan ulat tetapi jari merupakan alat untuk digunakan.

sastera dunia


jom kite belajar..refresh balik nota zaman study  :-)

Definisi Sastera Dunia

§  Merupakan istilah yang dicetuskan oleh Geothe, seorang penyair ternama Jerman. Ia mengandungi idea besar terhadap sastera yang semestinya dikaji secara meluas.

§  Ia juga merangkumi lima buah benua yang terbentang luas di muka bumi ini, meskipun perluasan maksud sedemikian tidak penah difikirkan oleh Geothe sendiri.

§  Istilah ini digunakan untuk menyatakan bahawa pada suatu ketika nanti seluruh sastera akan lebur menjadi satu.

§  Namun pada masa yang sama, istilah ini juga menjadikann simbol bagi obesesi metafizik yang mustahil untuk dicapai memandangkan kecenderungan untuk menyatupadukan seluruh jenis kesusasteraan dalam sebuah gugusan besar, malah setiap bangsa pula bebas memainkan peranannya di bawah satu naungan yang serasi di seluruh dunia.

2014

assalamualaikum..

dah lama x update blog..last sekali mase zaman belajar dulu..setahun dah berlalu..

busy sgt..hihi..kawen..menguruskan hal rumah yang bertangga..hihi


di kesempatan ini..sy nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ni dan juga pembaca2 blog sy ;)