Followers

April 03, 2013

HaFidZ IbRaHiM-PeNyaiR MesiR


HAFIZ IBRAHIM

Puisi Rintihan/Ratapan Terhadap Syeikh Muhammad Abduh oleh Hafiz Ibrahim.


siapa Hafiz Ibrahim?

ialah salah seorang dari tiga orang penyair tokoh Mesir dalam sejarah kesusasteraan Arab dalam zaman kebangkitan moden. selain Hafiz Ibrahim ialah, Mahmud Sami al-Barudi dan juga Ahmad Shawqi.




1.      Semoga Allah melindungi serta memberikan
kesejahteraan selepas kematian Sheikh Muhammad
Abduh, semoga Islam terus kekal dengan kesegaran
dan keindahannya.

2.      Semoga Allah juga memberikan kesejahteraan kepada
kehidupan di dunia dan akhirat, kepada ilmu dan pemikiran,
kepada kebaikan, ketaqwaan serta kebajikan.

3.      Sebelum kematiannya aku cukup takut dengan maut,
tetapi kini aku takut kalau aku hidup berpanjangan unur.

4.      Alangkah sedihnya hatiku menziarahi kuburnya dan
merenungi bencana bakal menimpa.

5.      Aku menghadapi kuburnya penuh rasa hiba serta perasaan
takzim, bagaikan aku menghadapi kuburan di Arafah.

6.      Semoga Allah melindungi serta memberkati agama Islam,
agama pegangan Sheikh Muhammad, apakah agama ini
akan dibiarkan di dunia tanpa pelindungnya,


7.      Engkau menjelaskan kepada kami kandungan al-Quran
tentang hukum-hukum serta rahsia hikmatnya dan engkau bezakan
antara kebenaran dan kesesatan.

8.      Engkau sesuai dan selaraskan antara agama, ilmu dan pemikiran
justeru itu engkau telah memberi sinar kepada ketiga-tiga dimensi tersebut.




Tema al-Ritha’(rantapan atau rintihan)
·         Puisi ini mengenai ratapan kematian Syeikh Muhammad Abduh yang dijangka akan membawa musibbah kepada mesir dan pergerakkan Islam.
(Puisi yang diabadikan oleh penyair untuk mengenang pemergian seorang tokoh ulama dan seorang ahli fikir serta reformis Mesir yang terkenal iaitu Sheikh Muhammad Abduh, meninggal pada tahun 1323H/1905.)



Gaya Bahasa
Gaya bahasa yang dipamerkan oleh Hafiz Ibrahim didalam syairnya adalah tinggi dan jelas, seperti al-Barudi beliau menghidupkan kembali gaya bahasa syair lama dengan bahasa yang indah dan lafaz yang bersesuaian dengan idea dan tema.(menggunakan bahasa dan ungkapan yang jelas dan mudah)


Balaghah
  1. ·         Terdapat uslub “tashbih” dalam ungkapan

خاشعا كأني حيال القبر في عرفات
Maksudnya: rasa takzim bagaikab aku berhadapab kuburan di Arafah

  1. ·         Ungkapan النور والظلمات  (cahaya dan kegelapan) terdapat unsur “isti’arah” iaitu dibandingkan kebenaran dengan cahaya dan kesesatan dengan kegelapan.


Cara sebelum mencipta syair:
Beliau menyelidiki dahulu lafaz-lafaz yang bersesuai dengan idea dan temanya. Kemudian mengemukakan perkataan yang seerti seterusnya menukarkannya berulang kali sehingga beliau berpuas hati dengan perkataan yang dipilihnya. Sememangnya beliau mempunyai sensitivity yang tinggi dalam memilih lafaz, uslub dan irama yang digunakan. Beliau juga menjaga iramanya dari segi panjang dan pendek tinggi dan rendah serta bersesuaian dengan tema makna dan kandungannya.

Keistemewaan
Karya puisi beliau telah dibukukan oleh ahmad amin dan sahabat-sahabatnya pada tahun 1936M. antalogi dinamakan Diwan Hafiz Ibrahim mengandungi 2juzuk, juzuk pertama dibahagikan kepada 6 tema seperti al-Madh (pujian) alwasf (gambaran) al Hija’ (cercaan) al Khamriyyah (arak)alijtimaiyyah (kemasyarakatan) dan alikhwaniyyah(persaudaraan). Manakala juzuk yang kedua mengandungi 3 tema iaitu alsiyasiyah (politik) alratha’ (ratapan/rintihan) dan al shakwa (pengaduan).



#sumber rujukan: TESIS FPI UKM 1997-1998, buku karya Osman Haji Khalid, kuliah Ustazah Firuz-Sastera Arab Moden#

No comments:

Post a Comment